Contact Us

We'd love to hear from you!

Drop us a message below

Thanks for submitting!

Follow/Like Us
  • Facebook
  • Instagram

RELAY MAJULAH @2019

    'Relay Majulah': 200 orang dari pelbagai lapisan masyarakat akan lari 2,000km


    SINGAPURA: 200 pelari dari pelbagai lapisan masyarakat akan membuat percubaan berlari sejauh 2,000 kilometer dalam masa 8 hari.


    Dipanggil 'Relay Majulah', acara itu akan cuba mengumpul sejuta dolar bagi Cabaran Presiden, tahun ini.


    Larian akan bermula pada 2 November di Hab Sukan Singapura dan berakhir di Teater MES Mediacorp untuk siaran langsung acara President's Star Charity.


    Setiap pelumba mempunyai pilihan berlari sejauh 10 atau 20 kilometer.


    Usahasama mereka itu akan dicampurkan kepada masa dan jarak kesuluruhan.


    Antara yang berlari termasuk penyampai CNA, Glenda Chong, bekas atlit kurang upaya, Emily Lee dan Speaker Parlimen, Tan Chuan-Jin.


    "Mesej utama adalah, sebilangan pelari mungkin kurang upaya atau berkeperluan khas, akan lari lebih perlahan, yang lain pula lebih pantas. Yang penting, dengan berlari bersama, kita boleh menghabiskannya bersama. Ini mesej yang sangat baik," menurut Encik Tan Chuan Jin.


    - CNA/SY/na


    Credit: https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/relay-majulah-200-orang-dari-pelbagai-lapisan-masyarakat-akan/4326976.html